Mudah Kitar Semula di Lembah Klang?

Salam semua, seperti post saya yang terdahulu, saya telah memperkenalkan sebuah syarikat yang dapat memberikan perkhidmatan mengutip barangan kitar semula terus ke rumah anda khususnya di kawasan lembah Klang. Jadi, saya akan jelaskan kenapa ianya sangat membantu. Di bawah ini adalah Halaman akaun saya untuk Recycle&Reward. Dipaparkan jumlah barangan yang telah kita kitar semula mengikut jenis barang tersebut. Setiapnya mempunyai nilai GP yang tersendiri dan pecahan yang lebih spesifik mengikut jenisnya masing-masing. Saya akan terangkan serba sedikit mengenainya nanti.

Saudara sekalian, syarikat ini diketahui akan mengambil barangan di rumah kita. Sewaktu permulaan saya menjumpai perkhidmatan ini, saya sangat optimis untuk menghantar barangan yang boleh dikitar semula melalui perkhidmatannya. Jadi, apa yang perlu saya lakukan ialah mendaftarkan dahulu nama, alamat untuk kutipan dan nombor telefon.
Untuk melengkapkan pendaftaran, bayaran RM10 diperlukan untuk seumur hidup mendapatkan perkhidmatan ini. Yang istimewanya, hanya RM10 sahaja untuk bayaran perkhidmatan pengambilan barangan tersebut daripada rumah. Bukannya sekali kutipan atau pun setahun sekali bayaran itu dibuat. HANYA SEKALI SAHAJA RM10 SEUMUR HIDUP. Jadi, jangan dilepaskan peluang untuk mendaftar. Maka, saya pun mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Selepas pendaftaran, anda sudah boleh untuk menghantar barangan kitar semula tersebut ke syarikat tersebut dengan menempah tarikh secara online atau pun menelefon talian yang tertera di akaun anda. Dengan menempah tarikh tersebut, syarikat akan membuat pengesahan sama ada tarikh tersebut boleh dibuat pengambilan barang ataupun tidak.
Syarikat tersebut akan mengambil barangan anda dengan membawa timbang untuk mengambil berat barangan mengikut jenis barang yang dihantar. Kemudiannya, anda akan mendapat salinan yang dituliskan berat barang yang telah anda hantar. Seperti salinan pertama pengambilan barang di rumah saya ini.

Untuk pengetahuan anda, barangan anda akan diberikan Green Point (GP) yang mana setiap 1 GP mewakili RM0.10. Jadi, setiap jenis barangan akan memberikan GP per Kg mengikut jenis yang telah ditetapkan di laman akaun anda. GP ini akan dikemaskini ke dalam akaun beberapa hari selepas pengambilan barang tersebut.
Anda juga perlu tahu bahawa setiap GP yang dikumpulkan akan membolehkan anda menukarkannya kepada barangan atau pun vaucer yang ditawarkan di laman tersebut apabila nilainya mencukupi. Jadi, walaupun GP yang diberikan tidaklah banyak seperti anda jualkannya kepada kedai dengan harga yang lebih tinggi, anda akan mendapat lebih daripada itu, iaitu mengitar semula keseluruhan sampah anda secara optimum dan mendapat GP yang tidak akan luput. Antara senarai barangan yang diterima dan nilai GPnya.

Jadi, silalah berdaftar di laman web tersebut. Dan jika anda inginkan bantuan, Saya boleh bantu anda untuk mendaftar. Saya akan cuba membantu sekadar yang boleh untuk memudahkan anda mendapatkan respon yang cepat. Saya bukanlah wakil syarikat, tetapi untuk membantu anda membuat pendaftaran dan mendapatkan maklumat secara lebih cepat kerana saya menyokong penuh usaha mengitar semula ini. Semoga lebih cepat anda menggunakan perkhidmatan ini.
Hubungi saya dengan email :- emailfarid88-green[at]yahoo.com atau tinggalkan komen.
Antara barangan dan nilai GP yang boleh diperolehi :-

Selain itu, saya ingin tunjukkan juga antara barangan yang boleh ditebus apabila nilai anda mencukupi ialaih seperti yang tertera pada gambar di bawah. 

Ini adalah contoh sahaja. Terdapat pelbagai barnagn lain yangboleh ditebus seperti barangan elektrik, barangan eletronik, permainan dan sebagainya. Difahamkan juga anda boleh menebus wang tunai juga.

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah ke laman ini.

back to top